D’nelayan Beach Resort Melaka

1830 03/04/2016 1,882
Rate this post

D’nelayan Beach Resort Melaka

D'Nelayan Beach Resort Melaka 2016 | Radial Drone Sungai Tuang Melaka Malaysia - D'Nelayan Beach Resort merupakan nama yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang datang menginap dan melakukan aktiviti seperti hari keluarga,'reunion'dan sebagainya. D'Nelayan Beach Resort terletak di perairan laut Selat Melaka yang pada satu ketikanya merupakan tempat perdagangan di Melaka.Pengkalan Balak Masjid Tanah adalah lokasi bagi D'Nelayan Beach Resort. Pantai kami yang bertelok membolehkan pengunjung yang datang melihat pemandangan lautan yang indah dan berseri dengan pasir yang kuning keemasan ditambah pula dengan sinar mentari senja yang mampu memikat hati semua. Lebih-lebih lagi pemandangan malam yang disinari cahaya bulan menyerikan suasana dan ketenangan yang tidak dapat dirasai dimana-mana.Resort kami merupakan tempat percutian yang menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang datang kerana mempunyai fasiliti yang lengkap, penginapan yang selesa dan kemudahan-kemudahan lain yang sememangnya sangat bersesuaianlah dengan 'tagline' kami 'Segalanya Ada Disini'.Resort kami telah ditubuhkan selama 15 tahun dan kami berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai aktiviti riadah seperti hari keluarga, sukaneka, jamuan, karaoke, pengacara majlis, fasilitator bagi sukaneka/aerobik dan banyak lagi.Resort kami juga mempunyai satu lagi anak cawangan, dikenali sebagai RiangRia Resort yang bertapak juga di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Lokasi kami dibezakan dengan mengenali D'Nelayan Beach Resort bertempat di Kampung Sungai Tuang, manakala RiangRia Resort bertempat di Kampung Padang Kemunting.Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman percutian anda beramai-ramai bersama keluarga yang tersayang, jemputlah datangke resort kami. www.dnelayanresort.com.my

Radial Drone